Penyakit
tiroid lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki. Penyakit ini
boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan. Bagaimanapun penyakit ini selamat
serta mudah dirawat jika diagnosis dan rawatan pada peringkat awal dilakukan.
Kelenjar
tiroidSecara anatomi, kelenjar tiroid terbahagi dua, seperti rama-rama. Dua
hormon dikeluarkan kelenjar ini iaitu hormon tiroksin (T4) dan juga
triiodotiroksin (T3). Hormon ini mengawal metabolisme (pengeluaran tenaga)
manusia. Jika tiroid tidak berfungsi dengan sempurna, ia memberi kesan terhadap
aspek kesihatan, terutama berat badan, kemurungan dan tahap tenaga.
Dengan
metabolisme tinggi, anda mungkin berasa panas dan sebaliknya. Jadi kelenjar
tiroid membantu fungsi badan berjalan pada kadar selamat dan berkesan. Kawalan
kelenjar ini dilakukan oleh kelenjar pituitari pada otak, melalui hormon
perangsang tiroid. Apabila aras hormon tiroid tinggi, akan timbul penyakit
hipertiroidisme dan jika aras hormon terlalu rendah, penyakit hipotiroidisme
pula berlaku. Penyakit lain seperti diabetes mellitus juga boleh menganggu
pengeluaran hormon tiroid.
Terdapat
ujian, pemeriksaan dan juga simptom tertentu yang boleh digunakan untuk
mendiagnosis penyakit tiroid. Anda juga mungkin akan menghidap penyakit lain
susulan daripada perjalanan fungsi kelenjar tiroid yang tidak teratur.
Ada dua
jenis penyakit tiroid iaitu hipertiroidisme dan hipotiroidisme yang biasa
menyerang wanita berbanding lelaki. Empat nisbah satu penyakit tiroid menyerang
wanita berusia 20 tahun ke atas kerana sebab dan alasan yang tidak diketahui
hingga kini.
Penyakit
hipotiroidismePenyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid tidak berfungsi
secara optimum sehingga hormon tidak dikeluarkan secukupnya. Ubat yang dimakan
untuk merawat fungsi tiroid berlebihan juga boleh menyebabkan penyakit
hipotiroidisme.
Lazimnya,
penyakit hipotiroidisme disebabkan keradangan pada kelenjar tersebut, yang
dipanggil tiroiditis. Penyakit ini juga dikenali sebagai penyakit Hashimoto
iaitu sejenis penyakit autoimun yang merangsang pertahanan badan supaya
mengeluarkan antibodi terhadap kelenjar tiroid. Akibatnya, otak mengeluarkan isyarat
melalui hormon perangsang tiroid supaya kelenjar tiroid berkerja lebih kuat.
Akibatnya, kelenjar tersebut membesar dan dipanggil goiter. Akhirnya, kelenjar
tiroid tidak lagi dapat mengeluarkan hormon yang diperlukan oleh badan.
Simptom
hipotiroidisme adalah bengkak kaki, ingatan terganggu, lembap, malas, kuat
tidur, badan sering terasa sejuk dan boleh mengakibatkan masalah jantung jika
tidak segera dirawat. Pesakit yang mengalami penyakit ini mudah dirawat, tetapi
terpaksa mengambil hormon tiroksin seumur hidup. Dos ubat juga mungkin diubah
secara berkala bergantung kepada aras hormon tiroid.
HipertiroidismePenyakit
ini berlaku apabila kelenjar tiroid mengeluarkan hormon berlebihan. Biasanya ia
disebabkan penyakit autoimun manakala badan manusia pula menghasilkan antibodi
yang mampu merangsang kelenjar tiroid. Hipertiroidisme berlaku apabila kelenjar
tiroid terlalu aktif dan menghasilkan terlalu banyak hormon tiroksin. Penyakit
Grave adalah penyebab utama peningkatan aktiviti kelenjar. Selain itu, ubat yang
diambil untuk hipotiroidisme mungkin menyebabkan hipertiroidisme, jadi
pengawasan doktor amat penting. Simptom hipertiroidisme adalah hilang berat
badan, kerap buang air besar, berpeluh, berdebar-debar, menggeletar,
penglihatan terjejas dan bertambah selera makan.
Rawatan
yang diberikan akan mengurangkan pengeluaran hormon tiroid. Ubat untuk
mengurangkan debaran jantung mungkin perlu diberikan. Sekiranya rawatan yang
diberikan gagal, mungkin rawatan menggunakan iodin beradioaktif diberikan untuk
memusnahkan sebahagian kelenjar tiroid. Pembedahan juga salah satu daripada
kaedah rawatan.
Penyakit
tiroid semasa hamil Penyakit
tiroid memberikan risiko pada anda dan juga kandungan. Sebab itulah pentingnya
anda menjalani pemeriksaan kesihatan semasa lawatan pertama ke klinik ibu
mengandung.
Dengan
rawatan, anda boleh mengandung secara normal dan selamat. Rawatan anda juga
mungkin diubah dos ubat secara berkala di samping ujian darah dan ujian lain
yang difikirkan perlu akan dilakukan.
Rawatan
iodin beradioaktif tidak akan diberikan pada pesakit hamil. Ada sesetengah ibu
mengalami masalah tiroid selepas bersalin. Ini dipanggil postpartum tiroiditis.
Lazimnya aras hormon tiroid ibu terbabit kembali ke normal dengan pantas.
Namun, ada segelintir ibu mungkin mengalami hipotiroidisme pada masa hadapan.
Perlu ditegaskan ujian pengesanan atau ujian darah hormon tiroid bukan
pemeriksaan rutin semasa pemeriksaan antenatal.
Sebenarnya,
tiroid boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat segera, apatah lagi kepada
ibu hamil serta bayi dalam kandungan yang menyebabkan keguguran, kelahiran pra
matang, janin kecil dan kecacatan mental. Kes ini biasanya di bawah pengawasan
doktor pakar yang biasanya akan dipantau di 'combine clinic' iaitu doktor pakar
perbidanan dan doktor pakar endokrin. Usah gusar, ia selamat dan mudah dirawat.
Sama-sama juga saya doakan agar kakak ipar anda dan bayi yang dikandung selamat
dilahirkan.
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20121007/kn_01/Cara-merawat-penyakit-tiroid#ixzz3lES0ReAN
© Utusan Melayu (M) Bhd
RAWATAN THYROID CARA NR
1. Rebus akar herbanika 3 paket dengan 3
liter air, minum suam2 dicampur dengan 1
sudu madu lebah khaula, diminum 5 gelas sehari.
2. Ambik
Madu Tenaga 2 kecil sudu pagi, 2 sudu kecil malam.
Ambil 2 produk ini selama sebulan.
3. Selepas sebulan ambik phytox –
seminggu 3 kali – ambik 1 atau 2 biji
4. Madu tenaga ambik 2 sudu kecil pagi, 1 sudu kecil petang
dan 2 sudu kecil malam.
Berminat: boleh hubungi/whassup 019-2724629
Borgata Hotel Casino & Spa - Jtm Hub
ReplyDeleteBorgata Hotel Casino & 양주 출장샵 Spa Guests can enjoy free drinks and 이천 출장마사지 complimentary 대구광역 출장마사지 snacks, complimentary Wi-Fi, and 태백 출장안마 free 순천 출장마사지 Wi-Fi at restaurants and bars.