Monday, 16 May 2016

MENGURANGKAN BERAT BADAN DENGAN PRODUK NR

PROGRAM MENURUNKAN BERAT BADAN RINGKAS & EFEKTIF


AKAR HERBANIKA – 4 gelas/mug setiap hari Sebelum Makan.

Rebus 2 pkt dalam 1 liter air. Tuangkan dalam flask atau termos atau teko. Biarkan suam. Masukkan 1 sudu teh Madu Lebah Asli sebagai penawar & sumber tenaga. Minum suam atau suhu bilik.

 

Atau


Rendam 2 pkt dalam 1 flask/termos air panas mendidih sehingga keluar pati herba teh sederhana pekat. Setiapkali minum, masukkan 1 sudu teh Madu Lebah Asli sebagai penawar & sumber tenaga. Minum suam atau suhu bilik.

Setiap Waktu Petang – Sehari 1X

PHYTO CLEANSE PLUS + PHYTO NATAL

                   1 – 2 tablet    2 – 3 tablet

Selang-selikan Esok Hari dengan,

PHYTO CLEANSE PLUS + PHYTOX

                   1 – 2 tablet    1 – 2 tablet

Ambil Phyto Tablet dengan AKAR HERBANIKA.

Nota:
Untuk mempercepatkan penurunan berat badan, anda perlu melalui kekerapan pembuangan air besar antara 3 – 5 kali dalam sehari mengikut peringkat Menyahtoksik @ Detoks lebihan angin, air & juga pembongkaran serta pembersihan Dalaman.
Anda akan melalui kekerapan keluaran angin, sendawa, buang air besar, air kecil, perpeluhan, berat kepala, letih dll yang bersifat ‘sementara’ & ‘ringan’. Setiap individu akan melalui Proses Pembersihan @ Pemulihan yang berlainan antara satu sama lain.

v  WANITA SEMASA HAID – BERHENTI AMALAN PHYTOX SAHAJA.
 


BAGI YANG TERLALU LAWAS & SENSITIF – AMAL GABUNGAN PHYTO NATAL + PHYTOX atau SELANG SELI TABLET SEBAGAI AMALAN PROGRAM SLIMMING ANDA!

INGIN MENGETAHUI LEBIH LANJUT SMS/WHASSUP 019-2724629

Friday, 13 May 2016

PENYAKIT GOUT


Penyakit Gout – Tanda, Rawatan Dan Pencegahannya

gout2
Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.
 Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
  • Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
  • Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
  • Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi.
  • Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.
  • Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.
  • Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.
TANDA GOUT
  • Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
  • Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
  • Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
  • Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
  • Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
  • Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
  • Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

KOMPLIKASI
  • Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’
  • Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
  • Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
    • Kegemukan
    • Darah tinggi
    • Hiperlipidemia
    • Diabetes



RAWATAN PENYAKIT GOUT UNTUK LELAKI & WANITA SECARA NR

Amalan Minuman Perubatan Antioksidan & Detoks Ringan Intensif 7 Hari

 

Akar Herbanika Minuman Antioksidan 5 – 7 gelas/mug Setiap Hari -


Rebus 3 pkt Akar Herbanika dalam 2 liter air dengan 3 – 5 – 7 helai Daun Pandan, 2 batang Kulit Kayu Manis, 1 sudu teh Halba, 1 sudu teh Habatus sauda@ Jintan Hitam sehingga mendidih. Tapis dan tuangkan ke dalam teko atau pot atau bekas air. Biarkan ia menyejuk suam atau suhu bilik@ room temperature.
Setiapkali minum, tuangkan dalam gelas atau mug, masukkan 1 – 2 sudu teh penuh atau 1 sudu besar Madu Lebah Asli (buat pilihan madu tualang atau manuka new zealand atau madu arab yemen asli di pasaran).
3 pkt boleh diulangi rebusan sehingga cair, gantikan yang baru.


Krim Syiffa Krim Perubatan utk Sapuan Luaran –


1. Sapurata bahagian yang sakit terutama sekali di bahagian Ibujari kaki, sekitar atas kaki, pergelangan kaki, tapak kaki serta jari-jari kaki dengan Krim Syiffa.
2.     Gunakan Stokin di waktu kerja, di rumah dan di mana-mana sahaja.

 Seminggu 2 Kali Pada Waktu Cuti Bekerja –


Sediakan 1 – 2 sudu teh penuh Serbuk Pala Kering (Nutmeg Powder) digaul dengan 1 sudu teh Serbuk Muda Mesra (RM 4.50sen per skop di NR Spa) dengan pati jus asam jawa (perah asam jawa) utk dijadikan pes.
Sapu rata bhg yang sakit berdenyut. Ulangi sapuan utk meredakan sakit dan bisa panas bengkak Gout.

Selepas genap 7 hari Antioksidan & Detoks Ringan, sila ikuti cara berperingkat iaitu Rawatan Intensif 2 Minggu.


  

Rawatan Intensif Pembersih Rapi Dalaman, Detoks dan Antioksidan 2 Minggu Berturutan


 Akar Herbanika
Teruskan minuman Antioksidan Setiap Hari 5 – 7 gelas/mug dengan cara penyediaan yang diberikan.

 Gabungan Tablet Pembersih Dalaman yg Sesuai mengikut Sistem Pembuangan Air Besar anda – Amalan Waktu Petang -

Lawas Buang Air Besar (Normal) & Terlalu Lawas Buang Air Besar (Sensitif)
Phytox 1 – 2 – 3 tablet setiap hari dengan Akar Herbanika

Tidak Lawas Buang Air Besar & Sembelit –
Phyto Cleanse Plus 1 – 2 tablet + Phytox 2 – 3 tablet dengan Akar Herbanika

Selepas genap 2 Minggu, Rehat Sehari TANPA apa-apa Herba. Kemudian, sila ikuti RAWATAN INTENSIF SEHINGGA SEMBUH


Nasihat
1.     Teruskan amalan sapuan Krim Syiffa ke bahagian yang sakit & guna stokin.
2. Teruskan Berpantang makanan yang dilarang untuk mempercepatkan proses penyembuhan agar kadar urik asid dapat turun kembali normal.

 RAWATAN INTENSIF SEHINGGA SEMBUH


Akar Herbanika – Minuman Intensif Setiap Hari 5 – 7 gelas/mug

Rebus 3 pkt Akar Herbanika dalam 2 liter air dengan 7 helai Daun Pandan sehingga mendidih. Tapis dan tuangkan ke dalam teko atau pot atau bekas air. Biarkan ia menyejuk suam atau suhu bilik@ room temperature.
Setiapkali minum, tuangkan dalam gelas atau mug, masukkan 1 – 2 sudu teh penuh atau 1 sudu besar Madu Lebah Asli (buat pilihan madu tualang atau manuka new zealand atau madu arab yemen asli di pasaran).
3 pkt boleh diulangi rebusan sehingga cair, gantikan yang baru.


Gabungan Dua Makjun Perubatan utk Atasi Pembengkakan Sendi, Otot & Tulang sbg Anti Inflamasi, Anti Radang & Anti Rengat

Amalan Intensif Waktu Pagi & Sebelum Tidur -
1 sudu teh penuh Mawar Segar
1 sudu teh penuh Madu Tenaga Segar

Gaul sebati dengan madu lebah atau tanpa madu. Ambil dengan Akar Herbanika.


Gabungan Tablet Pembersih Dalaman yg Sesuai mengikut Sistem Pembuangan Air Besar anda – Amalan Waktu Petang atau Selang Sehari  -

Lawas Buang Air Besar (Normal) & Terlalu Lawas Buang Air Besar (Sensitif)
Phytox 1 – 2 – 3 tablet setiap hari dengan Akar Herbanika

Tidak Lawas Buang Air Besar & Sembelit –
Phyto Cleanse Plus 1 – 2 tablet + Phytox 2 – 3 tablet dengan Akar Herbanika


Nasihat
1.     Teruskan amalan sapuan Krim Syiffa ke bahagian yang sakit & guna stokin.
2.     Teruskan Berpantang makanan yang dilarang untuk mempercepatkan proses penyembuhan agar kadar urik asid dapat turun kembali normal.


 Pantang Larang 

1.     Elak Makanan Laut – Udang, Sotong, lala, Ketam, Remis, Tiram, Kerang, Kupang, Kepah, Ikan Bilis, Ikan Bawal Hitam, Pari, Terubuk, Cencaru, Sardin, Tongkol, Ikan Masin, Pekasam dan semua jenis Ikan yang kulit & isi kehitaman termasuk perisa Belacan, Budu, Cincaluk & Kiub2 Ayam/Bilis/Lembu.
2.     Elak Daging. Boleh makan Ayam.
3.     Elak Teh, Nescafe, Kopi dan semua jenis Teh, Air BerGas dan Ais (Iceblended/Ice).
4.     Elak Sayur-sayuran Sejuk Berangin & Asid Tinggi – Bayam, Kangkung, Kacang Panjang, Kacang Buncis, Kacang Botor@ Botol, Pucuk Paku, Pucuk Ubi, Rebung, Labu, Timun, Terung, Labu Air, Labu Cina, Petola, Peria dan Cendawan.
5.     Elak Buah-buahan yang Sejuk Berangin & Bisa – Ciku, Langsat, Duku, Dukong, Cempedak, Nangka, Durian Belanda@ Soursop, Tebu, Pisang Embun/Tanduk/Pisang Nangka/Bunga, Pisang Kaki, Labu.
6.     Elak Jenis Kekacang yang BerAsid Tinggi – Kekacang Tanah, Kacang Berangan, Kacang Kuda dan Kacang Dhall.

Berminat: hubungi/whassup 019-2724629

  • gout

RAWATAN THYROID SECARA NR


Penyakit tiroid lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki. Penyakit ini boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan. Bagaimanapun penyakit ini selamat serta mudah dirawat jika diagnosis dan rawatan pada peringkat awal dilakukan.
Kelenjar tiroidSecara anatomi, kelenjar tiroid terbahagi dua, seperti rama-rama. Dua hormon dikeluarkan kelenjar ini iaitu hormon tiroksin (T4) dan juga triiodotiroksin (T3). Hormon ini mengawal metabolisme (pengeluaran tenaga) manusia. Jika tiroid tidak berfungsi dengan sempurna, ia memberi kesan terhadap aspek kesihatan, terutama berat badan, kemurungan dan tahap tenaga.
Dengan metabolisme tinggi, anda mungkin berasa panas dan sebaliknya. Jadi kelenjar tiroid membantu fungsi badan berjalan pada kadar selamat dan berkesan. Kawalan kelenjar ini dilakukan oleh kelenjar pituitari pada otak, melalui hormon perangsang tiroid. Apabila aras hormon tiroid tinggi, akan timbul penyakit hipertiroidisme dan jika aras hormon terlalu rendah, penyakit hipotiroidisme pula berlaku. Penyakit lain seperti diabetes mellitus juga boleh menganggu pengeluaran hormon tiroid.
Terdapat ujian, pemeriksaan dan juga simptom tertentu yang boleh digunakan untuk mendiagnosis penyakit tiroid. Anda juga mungkin akan menghidap penyakit lain susulan daripada perjalanan fungsi kelenjar tiroid yang tidak teratur.
Ada dua jenis penyakit tiroid iaitu hipertiroidisme dan hipotiroidisme yang biasa menyerang wanita berbanding lelaki. Empat nisbah satu penyakit tiroid menyerang wanita berusia 20 tahun ke atas kerana sebab dan alasan yang tidak diketahui hingga kini.
Penyakit hipotiroidismePenyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid tidak berfungsi secara optimum sehingga hormon tidak dikeluarkan secukupnya. Ubat yang dimakan untuk merawat fungsi tiroid berlebihan juga boleh menyebabkan penyakit hipotiroidisme.
Lazimnya, penyakit hipotiroidisme disebabkan keradangan pada kelenjar tersebut, yang dipanggil tiroiditis. Penyakit ini juga dikenali sebagai penyakit Hashimoto iaitu sejenis penyakit autoimun yang merangsang pertahanan badan supaya mengeluarkan antibodi terhadap kelenjar tiroid. Akibatnya, otak mengeluarkan isyarat melalui hormon perangsang tiroid supaya kelenjar tiroid berkerja lebih kuat. Akibatnya, kelenjar tersebut membesar dan dipanggil goiter. Akhirnya, kelenjar tiroid tidak lagi dapat mengeluarkan hormon yang diperlukan oleh badan.
Simptom hipotiroidisme adalah bengkak kaki, ingatan terganggu, lembap, malas, kuat tidur, badan sering terasa sejuk dan boleh mengakibatkan masalah jantung jika tidak segera dirawat. Pesakit yang mengalami penyakit ini mudah dirawat, tetapi terpaksa mengambil hormon tiroksin seumur hidup. Dos ubat juga mungkin diubah secara berkala bergantung kepada aras hormon tiroid.
HipertiroidismePenyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid mengeluarkan hormon berlebihan. Biasanya ia disebabkan penyakit autoimun manakala badan manusia pula menghasilkan antibodi yang mampu merangsang kelenjar tiroid. Hipertiroidisme berlaku apabila kelenjar tiroid terlalu aktif dan menghasilkan terlalu banyak hormon tiroksin. Penyakit Grave adalah penyebab utama peningkatan aktiviti kelenjar. Selain itu, ubat yang diambil untuk hipotiroidisme mungkin menyebabkan hipertiroidisme, jadi pengawasan doktor amat penting. Simptom hipertiroidisme adalah hilang berat badan, kerap buang air besar, berpeluh, berdebar-debar, menggeletar, penglihatan terjejas dan bertambah selera makan.
Rawatan yang diberikan akan mengurangkan pengeluaran hormon tiroid. Ubat untuk mengurangkan debaran jantung mungkin perlu diberikan. Sekiranya rawatan yang diberikan gagal, mungkin rawatan menggunakan iodin beradioaktif diberikan untuk memusnahkan sebahagian kelenjar tiroid. Pembedahan juga salah satu daripada kaedah rawatan.
Penyakit tiroid semasa hamil Penyakit tiroid memberikan risiko pada anda dan juga kandungan. Sebab itulah pentingnya anda menjalani pemeriksaan kesihatan semasa lawatan pertama ke klinik ibu mengandung.
Dengan rawatan, anda boleh mengandung secara normal dan selamat. Rawatan anda juga mungkin diubah dos ubat secara berkala di samping ujian darah dan ujian lain yang difikirkan perlu akan dilakukan.
Rawatan iodin beradioaktif tidak akan diberikan pada pesakit hamil. Ada sesetengah ibu mengalami masalah tiroid selepas bersalin. Ini dipanggil postpartum tiroiditis. Lazimnya aras hormon tiroid ibu terbabit kembali ke normal dengan pantas. Namun, ada segelintir ibu mungkin mengalami hipotiroidisme pada masa hadapan. Perlu ditegaskan ujian pengesanan atau ujian darah hormon tiroid bukan pemeriksaan rutin semasa pemeriksaan antenatal.
Sebenarnya, tiroid boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat segera, apatah lagi kepada ibu hamil serta bayi dalam kandungan yang menyebabkan keguguran, kelahiran pra matang, janin kecil dan kecacatan mental. Kes ini biasanya di bawah pengawasan doktor pakar yang biasanya akan dipantau di 'combine clinic' iaitu doktor pakar perbidanan dan doktor pakar endokrin. Usah gusar, ia selamat dan mudah dirawat. Sama-sama juga saya doakan agar kakak ipar anda dan bayi yang dikandung selamat dilahirkan.







RAWATAN THYROID CARA NR

1.    Rebus akar herbanika 3 paket dengan 3 liter air, minum suam2 dicampur dengan  1 sudu madu lebah khaula, diminum 5 gelas sehari.
2.    Ambik  Madu Tenaga 2 kecil sudu pagi, 2 sudu kecil malam.

Ambil 2 produk ini selama sebulan.


3.    Selepas sebulan ambik phytox – seminggu 3 kali – ambik 1 atau 2 biji
4.    Madu tenaga  ambik 2 sudu kecil pagi, 1 sudu kecil petang dan 2 sudu kecil malam.

Berminat: boleh hubungi/whassup 019-2724629