Friday, 13 May 2016

PENYAKIT GOUT


Penyakit Gout – Tanda, Rawatan Dan Pencegahannya

gout2
Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.
 Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
  • Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
  • Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
  • Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi.
  • Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.
  • Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.
  • Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.
TANDA GOUT
  • Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
  • Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
  • Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
  • Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
  • Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
  • Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
  • Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

KOMPLIKASI
  • Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’
  • Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
  • Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
    • Kegemukan
    • Darah tinggi
    • Hiperlipidemia
    • Diabetes



RAWATAN PENYAKIT GOUT UNTUK LELAKI & WANITA SECARA NR

Amalan Minuman Perubatan Antioksidan & Detoks Ringan Intensif 7 Hari

 

Akar Herbanika Minuman Antioksidan 5 – 7 gelas/mug Setiap Hari -


Rebus 3 pkt Akar Herbanika dalam 2 liter air dengan 3 – 5 – 7 helai Daun Pandan, 2 batang Kulit Kayu Manis, 1 sudu teh Halba, 1 sudu teh Habatus sauda@ Jintan Hitam sehingga mendidih. Tapis dan tuangkan ke dalam teko atau pot atau bekas air. Biarkan ia menyejuk suam atau suhu bilik@ room temperature.
Setiapkali minum, tuangkan dalam gelas atau mug, masukkan 1 – 2 sudu teh penuh atau 1 sudu besar Madu Lebah Asli (buat pilihan madu tualang atau manuka new zealand atau madu arab yemen asli di pasaran).
3 pkt boleh diulangi rebusan sehingga cair, gantikan yang baru.


Krim Syiffa Krim Perubatan utk Sapuan Luaran –


1. Sapurata bahagian yang sakit terutama sekali di bahagian Ibujari kaki, sekitar atas kaki, pergelangan kaki, tapak kaki serta jari-jari kaki dengan Krim Syiffa.
2.     Gunakan Stokin di waktu kerja, di rumah dan di mana-mana sahaja.

 Seminggu 2 Kali Pada Waktu Cuti Bekerja –


Sediakan 1 – 2 sudu teh penuh Serbuk Pala Kering (Nutmeg Powder) digaul dengan 1 sudu teh Serbuk Muda Mesra (RM 4.50sen per skop di NR Spa) dengan pati jus asam jawa (perah asam jawa) utk dijadikan pes.
Sapu rata bhg yang sakit berdenyut. Ulangi sapuan utk meredakan sakit dan bisa panas bengkak Gout.

Selepas genap 7 hari Antioksidan & Detoks Ringan, sila ikuti cara berperingkat iaitu Rawatan Intensif 2 Minggu.


  

Rawatan Intensif Pembersih Rapi Dalaman, Detoks dan Antioksidan 2 Minggu Berturutan


 Akar Herbanika
Teruskan minuman Antioksidan Setiap Hari 5 – 7 gelas/mug dengan cara penyediaan yang diberikan.

 Gabungan Tablet Pembersih Dalaman yg Sesuai mengikut Sistem Pembuangan Air Besar anda – Amalan Waktu Petang -

Lawas Buang Air Besar (Normal) & Terlalu Lawas Buang Air Besar (Sensitif)
Phytox 1 – 2 – 3 tablet setiap hari dengan Akar Herbanika

Tidak Lawas Buang Air Besar & Sembelit –
Phyto Cleanse Plus 1 – 2 tablet + Phytox 2 – 3 tablet dengan Akar Herbanika

Selepas genap 2 Minggu, Rehat Sehari TANPA apa-apa Herba. Kemudian, sila ikuti RAWATAN INTENSIF SEHINGGA SEMBUH


Nasihat
1.     Teruskan amalan sapuan Krim Syiffa ke bahagian yang sakit & guna stokin.
2. Teruskan Berpantang makanan yang dilarang untuk mempercepatkan proses penyembuhan agar kadar urik asid dapat turun kembali normal.

 RAWATAN INTENSIF SEHINGGA SEMBUH


Akar Herbanika – Minuman Intensif Setiap Hari 5 – 7 gelas/mug

Rebus 3 pkt Akar Herbanika dalam 2 liter air dengan 7 helai Daun Pandan sehingga mendidih. Tapis dan tuangkan ke dalam teko atau pot atau bekas air. Biarkan ia menyejuk suam atau suhu bilik@ room temperature.
Setiapkali minum, tuangkan dalam gelas atau mug, masukkan 1 – 2 sudu teh penuh atau 1 sudu besar Madu Lebah Asli (buat pilihan madu tualang atau manuka new zealand atau madu arab yemen asli di pasaran).
3 pkt boleh diulangi rebusan sehingga cair, gantikan yang baru.


Gabungan Dua Makjun Perubatan utk Atasi Pembengkakan Sendi, Otot & Tulang sbg Anti Inflamasi, Anti Radang & Anti Rengat

Amalan Intensif Waktu Pagi & Sebelum Tidur -
1 sudu teh penuh Mawar Segar
1 sudu teh penuh Madu Tenaga Segar

Gaul sebati dengan madu lebah atau tanpa madu. Ambil dengan Akar Herbanika.


Gabungan Tablet Pembersih Dalaman yg Sesuai mengikut Sistem Pembuangan Air Besar anda – Amalan Waktu Petang atau Selang Sehari  -

Lawas Buang Air Besar (Normal) & Terlalu Lawas Buang Air Besar (Sensitif)
Phytox 1 – 2 – 3 tablet setiap hari dengan Akar Herbanika

Tidak Lawas Buang Air Besar & Sembelit –
Phyto Cleanse Plus 1 – 2 tablet + Phytox 2 – 3 tablet dengan Akar Herbanika


Nasihat
1.     Teruskan amalan sapuan Krim Syiffa ke bahagian yang sakit & guna stokin.
2.     Teruskan Berpantang makanan yang dilarang untuk mempercepatkan proses penyembuhan agar kadar urik asid dapat turun kembali normal.


 Pantang Larang 

1.     Elak Makanan Laut – Udang, Sotong, lala, Ketam, Remis, Tiram, Kerang, Kupang, Kepah, Ikan Bilis, Ikan Bawal Hitam, Pari, Terubuk, Cencaru, Sardin, Tongkol, Ikan Masin, Pekasam dan semua jenis Ikan yang kulit & isi kehitaman termasuk perisa Belacan, Budu, Cincaluk & Kiub2 Ayam/Bilis/Lembu.
2.     Elak Daging. Boleh makan Ayam.
3.     Elak Teh, Nescafe, Kopi dan semua jenis Teh, Air BerGas dan Ais (Iceblended/Ice).
4.     Elak Sayur-sayuran Sejuk Berangin & Asid Tinggi – Bayam, Kangkung, Kacang Panjang, Kacang Buncis, Kacang Botor@ Botol, Pucuk Paku, Pucuk Ubi, Rebung, Labu, Timun, Terung, Labu Air, Labu Cina, Petola, Peria dan Cendawan.
5.     Elak Buah-buahan yang Sejuk Berangin & Bisa – Ciku, Langsat, Duku, Dukong, Cempedak, Nangka, Durian Belanda@ Soursop, Tebu, Pisang Embun/Tanduk/Pisang Nangka/Bunga, Pisang Kaki, Labu.
6.     Elak Jenis Kekacang yang BerAsid Tinggi – Kekacang Tanah, Kacang Berangan, Kacang Kuda dan Kacang Dhall.

Berminat: hubungi/whassup 019-2724629

  • gout

RAWATAN THYROID SECARA NR


Penyakit tiroid lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki. Penyakit ini boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan. Bagaimanapun penyakit ini selamat serta mudah dirawat jika diagnosis dan rawatan pada peringkat awal dilakukan.
Kelenjar tiroidSecara anatomi, kelenjar tiroid terbahagi dua, seperti rama-rama. Dua hormon dikeluarkan kelenjar ini iaitu hormon tiroksin (T4) dan juga triiodotiroksin (T3). Hormon ini mengawal metabolisme (pengeluaran tenaga) manusia. Jika tiroid tidak berfungsi dengan sempurna, ia memberi kesan terhadap aspek kesihatan, terutama berat badan, kemurungan dan tahap tenaga.
Dengan metabolisme tinggi, anda mungkin berasa panas dan sebaliknya. Jadi kelenjar tiroid membantu fungsi badan berjalan pada kadar selamat dan berkesan. Kawalan kelenjar ini dilakukan oleh kelenjar pituitari pada otak, melalui hormon perangsang tiroid. Apabila aras hormon tiroid tinggi, akan timbul penyakit hipertiroidisme dan jika aras hormon terlalu rendah, penyakit hipotiroidisme pula berlaku. Penyakit lain seperti diabetes mellitus juga boleh menganggu pengeluaran hormon tiroid.
Terdapat ujian, pemeriksaan dan juga simptom tertentu yang boleh digunakan untuk mendiagnosis penyakit tiroid. Anda juga mungkin akan menghidap penyakit lain susulan daripada perjalanan fungsi kelenjar tiroid yang tidak teratur.
Ada dua jenis penyakit tiroid iaitu hipertiroidisme dan hipotiroidisme yang biasa menyerang wanita berbanding lelaki. Empat nisbah satu penyakit tiroid menyerang wanita berusia 20 tahun ke atas kerana sebab dan alasan yang tidak diketahui hingga kini.
Penyakit hipotiroidismePenyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid tidak berfungsi secara optimum sehingga hormon tidak dikeluarkan secukupnya. Ubat yang dimakan untuk merawat fungsi tiroid berlebihan juga boleh menyebabkan penyakit hipotiroidisme.
Lazimnya, penyakit hipotiroidisme disebabkan keradangan pada kelenjar tersebut, yang dipanggil tiroiditis. Penyakit ini juga dikenali sebagai penyakit Hashimoto iaitu sejenis penyakit autoimun yang merangsang pertahanan badan supaya mengeluarkan antibodi terhadap kelenjar tiroid. Akibatnya, otak mengeluarkan isyarat melalui hormon perangsang tiroid supaya kelenjar tiroid berkerja lebih kuat. Akibatnya, kelenjar tersebut membesar dan dipanggil goiter. Akhirnya, kelenjar tiroid tidak lagi dapat mengeluarkan hormon yang diperlukan oleh badan.
Simptom hipotiroidisme adalah bengkak kaki, ingatan terganggu, lembap, malas, kuat tidur, badan sering terasa sejuk dan boleh mengakibatkan masalah jantung jika tidak segera dirawat. Pesakit yang mengalami penyakit ini mudah dirawat, tetapi terpaksa mengambil hormon tiroksin seumur hidup. Dos ubat juga mungkin diubah secara berkala bergantung kepada aras hormon tiroid.
HipertiroidismePenyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid mengeluarkan hormon berlebihan. Biasanya ia disebabkan penyakit autoimun manakala badan manusia pula menghasilkan antibodi yang mampu merangsang kelenjar tiroid. Hipertiroidisme berlaku apabila kelenjar tiroid terlalu aktif dan menghasilkan terlalu banyak hormon tiroksin. Penyakit Grave adalah penyebab utama peningkatan aktiviti kelenjar. Selain itu, ubat yang diambil untuk hipotiroidisme mungkin menyebabkan hipertiroidisme, jadi pengawasan doktor amat penting. Simptom hipertiroidisme adalah hilang berat badan, kerap buang air besar, berpeluh, berdebar-debar, menggeletar, penglihatan terjejas dan bertambah selera makan.
Rawatan yang diberikan akan mengurangkan pengeluaran hormon tiroid. Ubat untuk mengurangkan debaran jantung mungkin perlu diberikan. Sekiranya rawatan yang diberikan gagal, mungkin rawatan menggunakan iodin beradioaktif diberikan untuk memusnahkan sebahagian kelenjar tiroid. Pembedahan juga salah satu daripada kaedah rawatan.
Penyakit tiroid semasa hamil Penyakit tiroid memberikan risiko pada anda dan juga kandungan. Sebab itulah pentingnya anda menjalani pemeriksaan kesihatan semasa lawatan pertama ke klinik ibu mengandung.
Dengan rawatan, anda boleh mengandung secara normal dan selamat. Rawatan anda juga mungkin diubah dos ubat secara berkala di samping ujian darah dan ujian lain yang difikirkan perlu akan dilakukan.
Rawatan iodin beradioaktif tidak akan diberikan pada pesakit hamil. Ada sesetengah ibu mengalami masalah tiroid selepas bersalin. Ini dipanggil postpartum tiroiditis. Lazimnya aras hormon tiroid ibu terbabit kembali ke normal dengan pantas. Namun, ada segelintir ibu mungkin mengalami hipotiroidisme pada masa hadapan. Perlu ditegaskan ujian pengesanan atau ujian darah hormon tiroid bukan pemeriksaan rutin semasa pemeriksaan antenatal.
Sebenarnya, tiroid boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat segera, apatah lagi kepada ibu hamil serta bayi dalam kandungan yang menyebabkan keguguran, kelahiran pra matang, janin kecil dan kecacatan mental. Kes ini biasanya di bawah pengawasan doktor pakar yang biasanya akan dipantau di 'combine clinic' iaitu doktor pakar perbidanan dan doktor pakar endokrin. Usah gusar, ia selamat dan mudah dirawat. Sama-sama juga saya doakan agar kakak ipar anda dan bayi yang dikandung selamat dilahirkan.







RAWATAN THYROID CARA NR

1.    Rebus akar herbanika 3 paket dengan 3 liter air, minum suam2 dicampur dengan  1 sudu madu lebah khaula, diminum 5 gelas sehari.
2.    Ambik  Madu Tenaga 2 kecil sudu pagi, 2 sudu kecil malam.

Ambil 2 produk ini selama sebulan.


3.    Selepas sebulan ambik phytox – seminggu 3 kali – ambik 1 atau 2 biji
4.    Madu tenaga  ambik 2 sudu kecil pagi, 1 sudu kecil petang dan 2 sudu kecil malam.

Berminat: boleh hubungi/whassup 019-2724629












Thursday, 8 October 2015

PENJAGAAN KULIT MUKA




AMALAN LUARAN UNTUK MENGHALUSKAN & MENCERAHKAN KULIT MUKA  YG KUSAM SECARA NR.



Setiap Waktu Pagi (Siang Hari -Wanita Bekerja) -
  • Sebelum mandi, ambil anggaran siling 50sen BARRA GEL, 1/4 sudu kecil HERBANIKA LULUR satukan  dengan sedikit air menjadi pes  separa cair  ketelapak tangan dan lumurkan secara  keseluruhan muka sambil mengosok perlahan .Biarkan seketika.
  • Bersihkan muka kembali dengan air.
  • Semasa mandi, gunakan SABUN DHIA yang dibasahkan dengan air untuk mengosokkan ke bahagian muka dan berikan tumpuan kepada bahagian yang bertanda / bernoda atau bekas parut. dan ug kusam.  Mandi bersih. Kesat kering.
  • Sekiranya anda mengalami masalah parut muka , dapatkan 2 - 5 softgel Vitamin E (dapatkan di Farmasi) dan sapurata ke bahagian parut anda. Lakukan 2x sehari iaitu pada waktu Pagi & Tengahari.
Setiap Waktu Petang (Pulang dari Pejabat atau Tempat Belajar) -
  • Gunakan anggaran siling 50sen BARRA GEL ketelapak tangan dan lumurkan keseluruhan muka sambil mengosok perlahan secara keseluruhan. Biarkan seketika.
  • Bersihkan muka kembali dengan air.
Lakukan perawatan ini dengan penuh Keyakinan, Ketekunan dan Keprihatinan. In Sha Allah ia membantu mencerahkan, menghaluskan kulit disamping meringankan tanda-tanda bekas parut terutama parut yang baru. Jika parut itu sudah lama, kemungkinan ia mengambil masa yang lama untuk mengurangkan tanda-tanda tersebut.















Berminat boleh sms/whassup 019 2724629

Wednesday, 9 September 2015

BUASIR

Buasir

Apa itu #buasir?
Buasir adalah salur darah vena yang membesar di bahagian bawah rektum dan dubur. Ia akan membawa masalah apabila ianya menjadi radang atau bengkak. Buasir boleh diklasifikasikan kepada dua bergantung kepada lokasinya iaitu buasir luaran atau buasir dalaman. Kedua-dua ini mempunyai simptom dan masalah yang berbeza.

  1. Buasir dalaman
    Merupakan salur darah vena yang bengkak di lapisan dalam rektum. Pesakit akan mengadu terdapat pendarahan selepas membuang najis tanpa kesakitan. Ada juga pesakit yang akan terasa seperti unjuran yang terkeluar dari dubur selepas membuang air besar. Unjuran ini mungkin hilang sendiri atau ada juga yang perlu menolak balik unjuran ini ke dalam.

  1. Buasir luaran
    Merupakan salur darah vena di bahagian bawah kulit luar dari dubur (lihat gambar 1). Pesakit akan mengadu sakit, berdarah, gatal atau bengkak semasa membuang air besar. Kesakitan yang dirasai seseorang itu mungkin berbeza. Ada orang yang mungkin merasa sedikit tidak selesa, tetapi ada juga yang merasa panas atau amat pedih. Sakit yang kuat mungkin berlaku akibat salur darah yang tersumbat oleh darah beku.


Mengapa buasir terjadi?
Buasir adalah penyakit yang sering berlaku. Ia boleh terjadi kepada mana-mana individu tanpa mengira umur tetapi selalunya dilihat pada orang dewasa 30 tahun ke atas dan wanita mengandung. Ia sering dikaitkan dengan meneran semasa membuang air besar dan keadaan sembelit. Wanita mengandung mungkin mengalami buasir kerana pembesaran janin menyebabkan tekanan ke bahagian dubur dan juga akibat perubahan hormon. Selain itu, orang yang berlebihan berat badan, berdiri dalam jangka waktu yang lama setiap hari atau selalu mengangkat benda berat mungkin menghidapi masalah ini. Kesemua keadaan tersebut menyebabkan penambahan tekanan kepada salur vena di rektum dan dubur dan menyebabkan pembengkakan dan pembesaran.


 Bagi  membantu merawat Buasir 

Produk NR seperti Akar Herbanika, Phyto Cleanse Plus, Mawar  Segar dan Phytox boleh diambil.

Berminat boleh sms/whassup ke 019-2724629



























Monday, 30 March 2015

PENJAGAAN DIRI SECARA NR


PENJAGAAN KULIT BADAN

Ø  Untuk Menghaluskan Kulit Badan & Memelihara Kemantapan Tubuh Badan -

·         Basahkan seluruh kulit badan.
·         Ambil 2 sudu besar penuh Herbanika Lulur digaul sebati dengan Minyak Berubat Herba seperti pes.
·         Sapurata di kulit & lakukan gosokan atau masaj yang lembut sehingga terasa bersih. Bilas mandi.
·         Gunakan Sabun Dhia untuk menyegarkan kulit badan.
·         Bilas & gunakan Barra Gel ke seluruh kulit badan.
·         Mandi bersih. Kesat kering.




 PENJAGAAN KULIT BADAN

Ø  Mengatasi Masalah Selulit & Lebihan Lemak Di Badan -

·         Basahkan seluruh kulit badan.
·         Ambil 2 sudu besar penuh Herbanika Lulur digaul sebati dengan Minyak Berubat Herba seperti pes.
·         Sambil berlulur & bergosok ke bahagian lebihan lemak atau selulit, lakukan urutan secara cubit-cubitan untuk membantu memecahkan lemak.
·         Gunakan Sabun Dhia bahagian ‘skrab’ ke atas kulit badan yang masih ada kesan Lulur, lakukan gosokan ke atas permukaan kulit selulit / lebihan lemak.
·         Bilas mandi. Gunakan Barra Gel sebagai Pembersih kulit anda.
·         Kesat kering. Jika mahu, gunakan sapuan Minyak Berubat Herba atau Krim Syiffa  ke bahagian-bahagian yang berselulit.


Ø  Mengatasi Masalah Ketiak & Celahan Peha Yang Kehitaman -

·         Basahkan seluruh kulit badan.
·         Gunakan Sabun Dhia bahagian ‘rata’ ataupun ‘skrab’, gosokkan ke bahagian-bahagian yang kehitaman.
·         Bilas mandi.
·         Ulangi rawatan ini setiap hari sehari 2 kali sahaja.


Ø  Mengatasi Masalah Kesan Jalur-Jaluran (Stretchmarks) Di Bahagian Kulit Badan (Perut, Punggung, Peha, Lengan, Betis dll):

·         Basahkan seluruh kulit badan.
·         Gunakan Sabun Dhia bahagian ‘rata’, gosokkan ke bahagian-bahagian yang bermasalah jaluran (pecah).
·         Bilas mandi. Kesat kering.
·         Sapurata Minyak Herbanika & Minyak Berubat Herba (gabungkan) atau Krim Syiffa ke bahagian-bahagian yang bermasalah. Biarkan ia meresapi liangan kulit.
·         Ulangi rawatan ini setiap hari sehari 2 kali sahaja.


PENJAGAAN RAPI KESIHATAN URAT SARAF, SENDI & OTOT BADAN


Ø  Mengatasi Masalah Pembengkakan Urat (Vena Varikos) & Pembengkakan Lutut:

·         Ambil 1 - 2 sudu besar penuh Herbanika Lulur digaul sebati dengan Minyak Berubat Herba seperti pes.
·         Masaj ke bahagian-bahagian yang bengkak / sakit.
·         Masaj Barra Gel ke bahagian yang bengkak / sakit (masih ada kesan Lulur) sehingga terasa segar.
·         Bilas bersih. Kesat kering.
·         Gabungkan Krim Syiffa & Minyak Herbanika jadikan pes sederhana cair.
·         Sapu pes pada bengkak / timbul urat. Bandage atau Balut.
·         Ulangi sehingga pembengkakan mengecut & sembuh.




Ø  Mengatasi Masalah Bisa-bisa Sendi & Tulang dan Sakit Otot:

·         Basahkan seluruh kulit badan.
·         Ambil 1 - 2 sudu besar penuh Herbanika Lulur digaul sebati dengan Minyak Berubat Herba seperti pes.
·         Masaj ke bahagian-bahagian yang bengkak / sakit.
·         Masaj Sabun Dhia ke bahagian yang bengkak / sakit (masih ada kesan Lulur) sehingga terasa segar.
·         Bilas. Gunakan Barra Gel sebagai pembersih & penyegar kulit. Bilas bersih. Kesat kering.
·         Lumur & sapurata Minyak Herbanika atau Krim Syiffa. Sambil sapu, anda perlu masaj perlahan-lahan.
·         Ulangi sapuan Minyak Herbanika atau Krim Syiffa beberapakali dalam sehari setiaphari.


 Berminat..hubungi sms/whassup 019-2724629




Ø  


Apakah Penyakit Endometriosis?




Penyakit Endometriosis
Penyakit endometriosis merupakan satu jenis penyakit yang agak luar biasa.    Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang penyakit ini sedangkan sekarang makin ramai wanita yang menghidapinya.    Di antara masalah yang ditumbulkan oleh penyakit ini ialah senggugut dan kesakitan , kemandulan dan keguguran yang mungkin berulang-kali.    Ia juga boleh menyebabkan berbagai jenis masalah seperti pendarahan, gangguan kencing, kesakitan dan lain-lain. 

Apakah sebenarnya penyakit Endometriosis?
Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di luar rahim.    Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid.   Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisyu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ‘darah kotor’ atau darah haid.

Di dalam Rawatan Endometriosis secara NR beberapa produk seperti Akar Herbanika, Phytox, Mawar Segar dan Krim Syiffa di perlukan.Tempoh penyembuhan mengambil masa 3 - 6 bulan bergantung kepada kesungguhan kita, Insya Allah.

Berminat sila hubungi sms/whassup 019-2724629



Sunday, 9 November 2014

MINYAK MUSTAJAB


 Minyak Mustajab adalah minyak serbaguna untuk kegunaan luaran dan dalaman badan, tetapi bukan untuk diminum. Resipi tradisi purba ini telah diguna dengan luasnya dan dirumus khas oleh keluarga DiRaja Solo Jawa Tengah dan Siak Sumatra. Minyak Mustajab mengandungi estrak Minyak Kelapa Hijau (Cocos Nucifera), Kayu Putih (Eucalyptus Globulus) dan Sirih (Piper Betel) yang mempunyai bahan-bahan yang berkhasiat dan berfungsi seperti berikut :- Fungsi Minyak Mustajab a. Pelembap b. Astringent c. Penyegar Kulit d. Antiseptik Minyak Mustajab amat berkesan jika digunakan untuk penyakit urat saraf, otot-otot, sendi, tulang, penyakit kulit, batuk, selsema, lelah, paru-paru kembang dan basah, resdung hidung (sinus), sakit gusi dan gigi, sakit telinga, sakit kepala (migrain), luka-luka parah seperti bengkak-bengkak, benjol, melecur akibat terkena benda panas, terseliuh, gigitan serangga dan sakit perut. Selain daripada itu, ia juga amat berkesan bagi :-

 i. Kembalikan Kesegaran Tempat Sulit Kegunaan di tempat sulit untuk mengeluarkan angin-angin darah dan lendir yang kotor serta berbau semasa haid. Kesannya membolehkan anda terasa segar, bersih di tempat sulit. Untuk ibu-ibu atau gadis-gadis, pada hari pertama haid sehingga hari ke lima haid, guna Minyak Mustajab dengan cara yang berikut : Ambil sekeping kapas yang lebar (facial cotton), titik sehingga basah dengan Minyak Mustajab ke atas kapas tersebut dan letakkan ia di pintu faraj kemudian pakai tuala wanita (pad). Buat cara ini sehari 2 kali

 ii. Memperbaiki Dan Menyembuhkan Tisu-tisu Saluran Faraj. Selepas bersatu (coitus)dengan suami, cuci tempat sulit dengan Uncang Cuci (buat pilihan sendiri) yang telah dicampurkan dengan air panas dari pancuran (pipewater) sehingga bersih. Kesat sehingga kering dan sapu Minyak Mustajab ke seluruh faraj termasuk dalaman faraj sehingga tersentuh mulut rahim. Khasiatnya ialah ia dapat mengembalikan kesegaran yang juga dapat mengubati luka-luka, bengkak-bengkak tisu yang berlaku semasa bersatu.

 iii. Kembali #Kekuatan Tenaga #Kelakian  Guna Minyak Mustajab sebagai minyak urut dengan mengurut perlahan-lahan dari arah bawah iaitu di buah zakar sehingga ke zakar serta naik ke atas di bahagian ari-ari dan seterusnya di seluruh perut dan pusat. Sebelum itu, lumur Minyak Mustajab keseluruh bahagian dari paras pinggang sehingga ke bawah. Amalkan tiap-tiap hari, Insya Allah dalam masa satu minggu terbuktilah keberkesanannya.

 iv. Kembali Tegang dan Segar Payudara dan dapat Mengesan Ketumbuhan di Peringkat Awal di Payudara. Selepas menggunakan Herbanika Lulur disyorkan menggunakan Minyak Mustajab untuk menegangkan payudara yang kendur dan dapat memelihara kesihatan dan kecantikan payudara.


 BERMINAT...BOLEH SMS/WHASS UP 019-2724629